Wednesday, April 13, 2011

Buaian Akikah


Seperti yang u all tgk ni................dewi tercari2 now dimana bah mau sewa ni buaian utk akikah my twin kelak, insyaALLAH..............maksud aku disandakan ni...........atau sapa2 yang tahu so boleh lah aku beli terus kan untuk generasi2 yang akan datang............heheehehhe..ku pikir tutup kilang udah,,,,hahahhahaha,,bah mohon bantuan ok,,,,.................

Tuesday, April 12, 2011

Tiang2............


Saya mahu bilik tidur macam begini, boleh kah..........wah tahun lalu dewi tengok set katil ni RM 5000...itupun CASH! no hutang2 okay................before kahwin lagi suka sangat dengan katil yang ada tiang2............kunun2 mau lah buat tiger show malam2 hahahahahah...just kidding bah...bah under age jangan tgk ni statment.............
memang sangat klasik bah katil ni, lebih2 lagi kalau rendah kan,,,,,,,,,,,,huhuuhhuh...dipadankan dengan bed sheet warna putih! nah sungguh nyaman bermadu asmara :)

Passion yang tak ada kesudahan...............

Hahahahha.....

Yup merujuk perkara diatas aku ni masih gila dengan bab2 KAHWIN........walaupun sepatutnya sekarang ni mesti cari2 info berkenaan dengan BABY.................heheheheh tak apa simbat2 dulu bab kahwin ni okay....

memandangkan kazen ku pun akan kahwin
bulan nove
mber ni.......so akulah
jadi MAK BUYUT yang akan ke sana kemari memastikan my beloved cazen dapat tunaikan impian nya iaitu 'beach wedding'....wah mencabar juga ni beach wedding kan.......1st nak buat 'waka waka' ala2 miami beach...........emmm aku harus pastikan aku boleh waka waka juga ni kan, tentunya aku dah slim time tu...amin

Bercerita bab2 kahwin ni semestinya, BRIDE akan fikir untuk pertama kalinya ialah PELAMIN......i dont know lah u all kan, time time dewi kahwin dulu mcm 100000 idea pelamin mau direalisasikan padahal 2 venue jak dibuat....kekekkek
ke....tapi itulah RESEARCH itu penting....supaya kita terover budget........dan alhamdulilah dua2 pelamin ku GORGEOUS....!..tq kepada penata pelamin ku CIKGU SARENO....... bah jom kita tgk pelamin yang aku rasa mcm cantik sekali.............



Doa-doa semasa Mengandung

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Aminn

Monday, April 11, 2011

Ciuman Pertama


Tiba2 nak mengimbas kembali saat2 gembira time mendapat ciuman pertama dahi dari SUAMIKU......terharu juga lah tapi tak nak menitiskan air matakan takut pulak make up luntur....kekekekekek....tapi susah juga nak explain keadaan time ni.........sangat bersyukur ke hadrat illahi aku telah mendapat seorang suami yang baik hati serta hormat keluargaku.......terima kasih ya ALLAH, aku tahu bahawa aku tidak pantas dengannya, namun aku akan berubah menjadi seorang isteri yang solehah untuk mu dunia dan akhirat....amin
Tak nak sedih2 okay.....hehheehehhe..n lagi satu nak share pengalaman dengan u all.....saat adat merenjis berlangsung di rumah, saat aku mencium dua2 tangan mama sama bapaku pun aku langsung x sedih......bukan langsung x sedih beerti aku SUKA ATAU BEBAS....ATAU MERDEKA.....namun aku gembira sangat dan tidak seharusnya kegembiraan ini bertukar dengan air matakan.....so bakal pengantin di luar sana, cherish the moments okay :) dan aku berharap kalian mendoakan kebahagian aku dan suamiku serta anak-anak yang bakal lahir kelak

Tanda-Tanda Bersalin

Tanda-tanda nak bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

My Story



Assalamualikum semua.......

lamanya tak update ni blog kan, terpinggir sangat...banyak perkara berlaku sebelum ni tu lah pasal tak dapat nak updated...........ni pun masa yang sesuai utk updated my story kepada u alllll..............

semalam really excited utk yang PERTAMA kali nya shupink baju baby ( NI PUN DAH KENA BEBEL OLEH MY AUNTIE, SEBAB TAK BELI LAGI BAJU BABY, PADAHAL TINGGAL 2 BULAN JAK NAK BERSALIN )....syok sangat tapi itulah beli sama laki ni
kan ada juga bikin panas, ndak pandai sabar....suruh ambik jak....sampai tersalah pilih saiz padahal harga sama jak dengan saiz kecil.....adehhhhh ni husband ya indak pandai sabar........baru panas lagi tu gentingmas bah.....tapi adakah dia cakap, dikaunter lebih panas......( MESTILAH BAH TIME MEMBAYAR KAN ) EKKEKEKEKEKKKK....tapi nak share pengalaman ni dengan mother2 diluar sana kalu nak beli barang2 baby pastikan lah cik abang TU involve sekali supaya lebih FUN, waalupun adakalanya durang ni banyak songeh,.......

pilihan colour utk my child pun yang basic jak.. putih, biru n hijau.....yang sedia maklum i dapat baby boy,.....tapi yang jantina baby lagi satu masih samar2.......so tak berani nak beli warna PING atau pun yang seakan2 design utk baby gurl.....


ok nak cerita tentang baju yang tak MUAT n MEMALUKAN semasa nak beli baju mengandung baru2 ni kat D'Image .....aleh2....baju mengandung pun boleh ndak muat....adakah diri ku ni sangat gemuk...... sampai baju YANG AKU SUKA ni PING COLOUR langsung tak muat, tak dapat nak zip belakang......ayohhhhhhh....so terpaksa beli yang polos n ala2 mcm baju nurse kata cazen ku.......duh.....tak apa nanti lepas beranak ni nak work out habis2....... biar ramping mcm gitar....kekekekke..ni lah baju yang tak muat tu.....emmmm gambar depan jak lah...kalau gbr belakang karang u olss juga yang pengsan nanti.. :) Kalau gambar ni nak ikut contest kat majalah MA & PA ok kah?...kekkekek