Wednesday, June 15, 2011

29 Tahun



JIni gambar time lunch ngan bibi. Tq bawa saya jalan2 sempena my birthay, love u...
hihiihk, as you know lah, aku punya birthday minggu lalu.......hei tua udah aku........aku sangat berharap usia ku ni lebih mematangkan aku.....selama ni mcm budak2 bah......nah ni mau dapat baby udah harap sikap ku yang macam budak2 ni boleh berubah......ok saturday ni baru celebrate dengan familly n kawan2......emm now tengah merancang menu yang sedap......mau test power dulu before masak untuk raya yg akan datang.....ok kepada kawan2 jemput datang rumah ok...i love u...jaga diri k, xoxo

Heran betul

Salam semua, apa kabar, i hope anda semua sihat walafiat...ni ba kin panas betul lah, ari2 di iklan tu cakap mesti prihatin kepada jiran anda, .....tapi berlainan pulak dengan jiran ku ni....selfish sangat lah.......pelik n heran heran heran........bagi ku perbuatan mereka ni tak bermoral, namanya islam saja tp boleh buat mcm ni.......apapun aku berharap durang ni bertaubat lah dr menganiaya orang, kamu YB kah, patut ditunduk, eh klu kau YB pun ada aku kesah kah.....rezeki ni mesti kongsi2...apalah salah nya kami bertanam pisang disitu, kalau dpt hasil kita makan sama2.....ini pulak dicabut bah....astagfirullah..hasil titik peluh urang kau buat begitu....lagipun TANAH TU BUKAN KAU PUNYA GERAN PUN TIADA! Jangam lah terlampau menindas bah, .....hihihi buat mak mertua ku sabar jak lah, klu ada rezeki kita chaou dr sini......

Sunday, June 5, 2011

Royal Raya....



Nah mcm 2 bulan lagi kan kita menyambut Lebaran atau aidilfitri.........Nah tapi sebelum beraya of cause lah kita mesti Berpuasa dulu...........
Ada sudah di tv ni iklan Yussuf Tayoob, ndak sabar berpuasa dan beraya sebagai Isteri dan Ibu.....Package bah kali ni.....semoga berpuasa kali ni lebih afdal daripada sebelum nya.....mau memperbanyakkan ibadah......n sekali gus time ni lah mau tunjuk bakat memasak...selama 30 hari mau cuba semua resipi baru....sekarang ni pun dah buat sikit2 research n cuba itu cuba ini.....alhamdulilah setakat ni berjaya lah.....kekekekke...

ok jom dewi nak share dengan u all design2 baju raya yang terkini daripada designer kita yang kreatif...:-- raya tahun ni berapa pasang baju u all....?


Ini rekaan daripada Zery Zamry.......designer yang sungguh kreatif.....


Ini pulak dr butik Molek.....add fan page mereka kat fb ok.....

So inspired.......


Honestly aku cakap, aku busan dah style2 kaftan ni so raya tahun ni nak cuba sesuatu yang baru....mau beraya sakan tahun ni dengan baby & Husband....... :) jom kita beli kain esok :)

Suamiku

assalamualaikum semua.....salam weekend .......emm mcm seminggu dah familly ku p vacation ke kehel n melaka......iya walaupun sedih but to me thank GOD sebab my beloved husband hari2 menyenangkan hati ni....dimanjakan dengan pelbagai makanan....gumuk lah isteri mu ni ndak lama,,........sampai pistak pun koyak2 udah......hahahahahahh

i really love my husband..............muahhhhh.....Mr Chu...


lagu ni khas utk sayang ku gemuk....ihhiihhihih ohh my darling.....




Thursday, June 2, 2011

Set Bersalin untuk berpantang

Topik today nak bincang dengan anda produk apa yang best for berpantang ni............1st macam tak percaya jak keperluan berpantang ni tapi bila dengar cerita kawan2 kebaikan berpantang, so jiwa ni terpanggil untuk melaksanakan berpantang yang ketat supaya badan lebih bertenaga, sihat dan awet muda. YANG PALING PENTING LANGSING OKAY......48KG kalau boleh, InsyaALLAH

Ok produk yang dewi rasa bagus semasa berpantang ialah :-

SET BERSALIN ATIKA BEAUTY




Set Lengkap Bersalin Untuk 40 Hari Ini Mengandungi :-
  1. Jamu Bersalin 1
  2. Jamu Bersalin 2
  3. Teh Herba Tampang
  4. Minyak Herba
  5. Minyak Bayi
  6. Rempah Pembersih Wanita
  7. Param
  8. Tapal
  9. Pilis

Jamu Bersalin 1
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.
Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari sebelum makan.

Jamu Bersalin 2
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan otot-otot tubuh dan mengurangkan berat badan bagi wanita selepas bersalin.
Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari, sebelum makan.

Teh Herba Tampang
Sebagai minuman selepas bersalin.
Cara Penggunaan : Rendam 1 uncang secawan air panas selama 5 minit. Minum ketika masih panas. Minum 2 kali sehari selepas makan bermula pada hari ke 4 selepas bersalin sehingga hari ke 8.

Minyak Herba
Membantu menyingkirkan angin dan memanaskan badan. Ekstrak herba yang digunakan juga mempunyai tindakan anti bakteria, anti radang serta anti fungus.

Minyak Bayi
Digunakan untuk bayi bagi mencegah dan mengubati perut kembung serta memberikan kehangatan pada bayi.

Rempah Pembersih Wanita

Menyegarkan, mengembalikan kawasan vagina agar bersih serta mengelakkan jangkitan. Menghilangkan bau dari darah kotor yang keluar serta merapatkan vagina.
Cara Penggunaan : Gunakan produk ini 2 kali sehari.
Setiap uncang boleh digunakan sebanyak 2 kali. Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau bagi mendapatkan larutan yang lebih pekat, rebus 1 uncang ke dalam satu liter air selama 15 minit. Cuci bahagian vagina dengan larutan herba atau tuang larutan ke dalam besen bulat. Campur dengan 1 liter air bagi penyediaan larutan suam. Rendamkan bahagian vagina anda ke dalam larutan tersebut dan duduk sehingga larutan itu sejuk. Buang larutan itu selepas digunakan.

Param
Boleh dicampurkan dengan minyak urut semasa urutan. Menolong memecahkan lemak serta memanaskan badan. Boleh juga digunakan sendiri dengan mencampurkannya dengan air dan dilumurkanpada seluruh badan kecuali buah dada. Baik untuk melancarkan darah, memanaskan, melegakan rasa gatal serta memecahkan lemak.
Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 4 sudu besar air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh tubuh kecuali buah dada.

Tapel
Digunakan untuk memejalkan dan menguatkan tisu abdomen. Campuran herba yang mengandungi tanah liat dan jus limau juga membantu menghilangkan parut, tompok hitam pada perut.
Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan dengan rata di kawasan perut. Tutup dengan kain nipis sebelum menggunakan Bengkung Atika Beauty.

Pilis
Membantu menghindari sakit kepala dan menyejukkan mata.
Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh dahi.



PREMIUM PRODUK:
1- Tablet Prawan
2- Tablet Haruan
3- Ginger Cream
4- Minyak Telon
5- Body Contour Gel
6- Mas Cotek Uncang
7- 2 Pek Tungku herba
8- Bengkung Correctuer

Cara Penggunaan ConfineMum Set Premium:-
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.
Tablet Haruan Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.
Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.
Ginger Cream Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
Body Contour Gel Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.
Bengkung Correctuer Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.
Minyak Telon Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.
Pek Tungku Herba Tuam di perut dan lain-lain bahagian badan setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari.
Cotet Emas Uncang Minum pagi dan petang atau bila-bila masa yang disukai.