Tuesday, June 28, 2011

Turban


aiaiaia,nah ni lah keja ku semenjak jd suri rumah, window shopink jak......padahal shupink bah.....nah ini the latest barang yang aku suka n teringin sangat mau pakai.....ok sesapa nak order add mia zara hijab...semakin hari semakin terbuka hati nak berhijab.......tp sebelum itu kena lah membersihkan diri dulu.....insyaAllah

Monday, June 27, 2011

Palazo


nah lawakan seluar ni,....hihihi lepas bersalin ni mesti ku guna seluar ni, buat masa sekarang ni x bolehlah guna ketat sangat, ya walapun ada getah belakang tp kena elak guna seluar.....ok sapa yg berminat belilah kat miss lily shop.... Add mereka kat facebook k

Blouse Hoody

ok setelah maxi skirt sama cardigan hana tajima dan jumsuit, aku telah gila dengan blouse hoody.....hihihi mcm mana lah mau kikis ni tabiat.......klu ada anak mudah2 aku ndak boros lagi kan.....kuikuikui....

Sunday, June 26, 2011

patut kah ndak patut.......



emm dipendekkan cerita lah, tadi p lah buat ctg.....mcm biasa aku sudah popular sbb dalam seminggu mesti p buat ctg sampai cik security pun kenal......hihihi, tadi bergaya sakan bah aku sama make up coklat yg shimmer.....mestilah bah REPUTASI itu penting......so adalah nurse sama dr ni.....mcm pandang aku semacam......hello tak boleh kah i ni nak BERDANDAN.........salahkah?......tapi aku ignore jak......dlm hati, time aku bersalin nanti ndak juga bah aku bermake up.....hihihi susah bebonar.......

Thursday, June 23, 2011

story my baby part 2

hari ni baby gerak sangat aktif dari kelmarin lagi.....alhamdulilah lah kan.....sangat merindui lah baby dalam perut ni.....sangat tak sabar melihatnya...kata kawan sakit itu sakit ini kalau kena kasi beranak awal..indulgence kah namanya ya....but to me, aku sudah redha dengan kesakitan itu......inilah pengorbanan untuk anak ku yang ku cintai.......

Wednesday, June 22, 2011

Romantikus


salam semua, saat updated blog ni, hujan kuat pulak, kin takut bah, angin nya kuat betul......hihihihi .....ok direct kepada story lah bah.....nah ni dia gbr kucing ku yang romantik, kalah bah tuan nya, tuannya pun jarang bersayang2......heheehehe...apapun bila pikir2 kucing pun menyanyangi sesama sendiri, tp berbeza dengan manusia kan, manusia sanggup bah buang anak dr bangunan....ngeri nya bah....anugerah bah klu kita mengandung, so klu u tak nak baby ni kasi lah p kebajikan atau letak di masjis.....hihihin sedih tgk manusia akhir zaman.....

Monday, June 20, 2011

Glass castle

Nah drama ni lah yg ku gila2 sekarang..................chanel 393.....setiap hari jam 5.15pm...sampai mertua ku pun gila korea dah, tak gila indon sudah okay....hihiihi,..apapun aku enjoy tgk wayang ni...ni sinopsis nya :-

Jung Min Joo is a woman from a very tough family background. Her mother had three children with three different fathers. However, she overcomes this in order to become a news announcer. When she first meets Kim Joon Sung, she is annoyed with his continued courtship of her. Eventually, Min Joo marries Joon Sung and her life changes. Her aspirations of becoming a great reporter are put on hold while she copes to her new life as the second daughter-in-law of a rich and influential chaebol family.

Sunday, June 19, 2011

My Birthday Party










Salam semua......

Ok kelmarin alhamdulilah semua berjalan dengan lancar.......walaupun semua masakan last2 minute siap...ngam2 habis ngam2 kawan2 datang...hihihi tq kepada kawan2, kawan mertua & familly yang datang......i really appreciate n happy sangat.........ha yang bagi hadiah tu terima kasih....kehadiran lebih penting to me daripada hadiah ( padahal suka bah dibagi hadiah )

kelam kabut jugalah mau sediakan semua ni......tapi alhamdulilah tetamu yang datang suka masakan ku....HELLO i baru 1st time masak okay.......n kira ni usaha yang berjaya walaupun nasi minyak ku masakan yang pertama LICAK ok.....hihihi tapi round2 yang seterusnya thumb up!..puji diri sendiri dulu..

Ok happy weekend semua...

Oh ya terima kasih kepada mertua ku kerana membantu ku kelmarin....hihihi mcm pembantu tukang masak pulak....kekkekekekek jgn marah!

Thursday, June 16, 2011

My Rutin


as u know my rutin sekarang ke hospital pakar every week......hihihi, tadi for the 1st time p review without my hubby...sedih tapi bila pikir2 nanti bersalin pun sorang-sorang kan, so kena strong.....nasib nurse2 di pakar ni bagus drp nurse wad bersalin....klu tidak boleh stress ni every week....hihihi

Wednesday, June 15, 2011

CTG

ok nak share ngan u all cerita ni, setiap minggu mcm 3 kali p klinik pakar, 2 ari buat CTG.....nah mau dipendekkan cerita mcm ni stury nya....tadi p lah buat CTG, nah utk pertama kali nya aku nampak proses bersalin,....ui gerun bah....bila tu perempuan tu berdiri jak terus ada darah ah di bed sheet tu.....astagfirulah.....mcm aku nervous dan takut pun ada....bila dr cakap cintemeter...cintemeter ni adeh, sakit terus dibawah...tut.....ayoyoh...mcm mana lah ya turn ku nanti ni....doakan saya ok

29 Tahun



JIni gambar time lunch ngan bibi. Tq bawa saya jalan2 sempena my birthay, love u...
hihiihk, as you know lah, aku punya birthday minggu lalu.......hei tua udah aku........aku sangat berharap usia ku ni lebih mematangkan aku.....selama ni mcm budak2 bah......nah ni mau dapat baby udah harap sikap ku yang macam budak2 ni boleh berubah......ok saturday ni baru celebrate dengan familly n kawan2......emm now tengah merancang menu yang sedap......mau test power dulu before masak untuk raya yg akan datang.....ok kepada kawan2 jemput datang rumah ok...i love u...jaga diri k, xoxo

Heran betul

Salam semua, apa kabar, i hope anda semua sihat walafiat...ni ba kin panas betul lah, ari2 di iklan tu cakap mesti prihatin kepada jiran anda, .....tapi berlainan pulak dengan jiran ku ni....selfish sangat lah.......pelik n heran heran heran........bagi ku perbuatan mereka ni tak bermoral, namanya islam saja tp boleh buat mcm ni.......apapun aku berharap durang ni bertaubat lah dr menganiaya orang, kamu YB kah, patut ditunduk, eh klu kau YB pun ada aku kesah kah.....rezeki ni mesti kongsi2...apalah salah nya kami bertanam pisang disitu, kalau dpt hasil kita makan sama2.....ini pulak dicabut bah....astagfirullah..hasil titik peluh urang kau buat begitu....lagipun TANAH TU BUKAN KAU PUNYA GERAN PUN TIADA! Jangam lah terlampau menindas bah, .....hihihi buat mak mertua ku sabar jak lah, klu ada rezeki kita chaou dr sini......

Sunday, June 5, 2011

Royal Raya....



Nah mcm 2 bulan lagi kan kita menyambut Lebaran atau aidilfitri.........Nah tapi sebelum beraya of cause lah kita mesti Berpuasa dulu...........
Ada sudah di tv ni iklan Yussuf Tayoob, ndak sabar berpuasa dan beraya sebagai Isteri dan Ibu.....Package bah kali ni.....semoga berpuasa kali ni lebih afdal daripada sebelum nya.....mau memperbanyakkan ibadah......n sekali gus time ni lah mau tunjuk bakat memasak...selama 30 hari mau cuba semua resipi baru....sekarang ni pun dah buat sikit2 research n cuba itu cuba ini.....alhamdulilah setakat ni berjaya lah.....kekekekke...

ok jom dewi nak share dengan u all design2 baju raya yang terkini daripada designer kita yang kreatif...:-- raya tahun ni berapa pasang baju u all....?


Ini rekaan daripada Zery Zamry.......designer yang sungguh kreatif.....


Ini pulak dr butik Molek.....add fan page mereka kat fb ok.....

So inspired.......


Honestly aku cakap, aku busan dah style2 kaftan ni so raya tahun ni nak cuba sesuatu yang baru....mau beraya sakan tahun ni dengan baby & Husband....... :) jom kita beli kain esok :)

Suamiku

assalamualaikum semua.....salam weekend .......emm mcm seminggu dah familly ku p vacation ke kehel n melaka......iya walaupun sedih but to me thank GOD sebab my beloved husband hari2 menyenangkan hati ni....dimanjakan dengan pelbagai makanan....gumuk lah isteri mu ni ndak lama,,........sampai pistak pun koyak2 udah......hahahahahahh

i really love my husband..............muahhhhh.....Mr Chu...


lagu ni khas utk sayang ku gemuk....ihhiihhihih ohh my darling.....




Thursday, June 2, 2011

Set Bersalin untuk berpantang

Topik today nak bincang dengan anda produk apa yang best for berpantang ni............1st macam tak percaya jak keperluan berpantang ni tapi bila dengar cerita kawan2 kebaikan berpantang, so jiwa ni terpanggil untuk melaksanakan berpantang yang ketat supaya badan lebih bertenaga, sihat dan awet muda. YANG PALING PENTING LANGSING OKAY......48KG kalau boleh, InsyaALLAH

Ok produk yang dewi rasa bagus semasa berpantang ialah :-

SET BERSALIN ATIKA BEAUTY




Set Lengkap Bersalin Untuk 40 Hari Ini Mengandungi :-
  1. Jamu Bersalin 1
  2. Jamu Bersalin 2
  3. Teh Herba Tampang
  4. Minyak Herba
  5. Minyak Bayi
  6. Rempah Pembersih Wanita
  7. Param
  8. Tapal
  9. Pilis

Jamu Bersalin 1
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.
Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari sebelum makan.

Jamu Bersalin 2
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan otot-otot tubuh dan mengurangkan berat badan bagi wanita selepas bersalin.
Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari, sebelum makan.

Teh Herba Tampang
Sebagai minuman selepas bersalin.
Cara Penggunaan : Rendam 1 uncang secawan air panas selama 5 minit. Minum ketika masih panas. Minum 2 kali sehari selepas makan bermula pada hari ke 4 selepas bersalin sehingga hari ke 8.

Minyak Herba
Membantu menyingkirkan angin dan memanaskan badan. Ekstrak herba yang digunakan juga mempunyai tindakan anti bakteria, anti radang serta anti fungus.

Minyak Bayi
Digunakan untuk bayi bagi mencegah dan mengubati perut kembung serta memberikan kehangatan pada bayi.

Rempah Pembersih Wanita

Menyegarkan, mengembalikan kawasan vagina agar bersih serta mengelakkan jangkitan. Menghilangkan bau dari darah kotor yang keluar serta merapatkan vagina.
Cara Penggunaan : Gunakan produk ini 2 kali sehari.
Setiap uncang boleh digunakan sebanyak 2 kali. Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau bagi mendapatkan larutan yang lebih pekat, rebus 1 uncang ke dalam satu liter air selama 15 minit. Cuci bahagian vagina dengan larutan herba atau tuang larutan ke dalam besen bulat. Campur dengan 1 liter air bagi penyediaan larutan suam. Rendamkan bahagian vagina anda ke dalam larutan tersebut dan duduk sehingga larutan itu sejuk. Buang larutan itu selepas digunakan.

Param
Boleh dicampurkan dengan minyak urut semasa urutan. Menolong memecahkan lemak serta memanaskan badan. Boleh juga digunakan sendiri dengan mencampurkannya dengan air dan dilumurkanpada seluruh badan kecuali buah dada. Baik untuk melancarkan darah, memanaskan, melegakan rasa gatal serta memecahkan lemak.
Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 4 sudu besar air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh tubuh kecuali buah dada.

Tapel
Digunakan untuk memejalkan dan menguatkan tisu abdomen. Campuran herba yang mengandungi tanah liat dan jus limau juga membantu menghilangkan parut, tompok hitam pada perut.
Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan dengan rata di kawasan perut. Tutup dengan kain nipis sebelum menggunakan Bengkung Atika Beauty.

Pilis
Membantu menghindari sakit kepala dan menyejukkan mata.
Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh dahi.



PREMIUM PRODUK:
1- Tablet Prawan
2- Tablet Haruan
3- Ginger Cream
4- Minyak Telon
5- Body Contour Gel
6- Mas Cotek Uncang
7- 2 Pek Tungku herba
8- Bengkung Correctuer

Cara Penggunaan ConfineMum Set Premium:-
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.
Tablet Haruan Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.
Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.
Ginger Cream Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
Body Contour Gel Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.
Bengkung Correctuer Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.
Minyak Telon Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.
Pek Tungku Herba Tuam di perut dan lain-lain bahagian badan setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari.
Cotet Emas Uncang Minum pagi dan petang atau bila-bila masa yang disukai.