Tuesday, July 27, 2010

Notes About Diet

Diet Rendah Lemak

Biarpun diet rendah lemak adalah diet yang bagus untuk kesihatan jantung anda tetapi jika tidak dilakukan dengan cara yang betul bakal memudaratkan anda. Diet rendah lemak membuatkan anda juga ekurangan asid lemak seperti linoleic dan linolenic yang diperlukan tubuh untuk membantu sel berfungsi dengan smpurna.

Badan kita tidak mampu membina asid ini dengan sendirinya. Atas alasan itulah sel tubuh memerlukan asig lemak dari makanan untuk membantu membina sl. Jika kandungannya dalam tubuh adalah kurang ataupun tidak mencukupi, anda akan terdedah kepada masalah-masal seperti berikut.

a. kulit kering
b. mudah letih
c. maah dalam sesetengah kes ia boleh menjejaskan fungsi penglihatan.

Jadikan ianya lebih menyihatkan: Hakikatnya diet rendah lemak tidak sepatutnya menjadi “diet tanpa lemak”. Anda tidak perlu bimbang untuk mengambil lemak dalam diet harian jika kena dengan kuantirti yang diperlukan.

Pastikan diet rendah lemak anda masih mengandungi 30% kuantiti lemak. Sumber asid lemak yang baik boleh didapati dari sumber kacang soya, jagung ikan, kacang walnut, kuaci, minyak canola dan minyak bunga matahari.

Diet rendah lemak juga bukanlah halangan untuk anda mendapatkan sumber vitamin lan dari sayiran dan buahan. Sunber serat juga masih diperlukan dalam diet ini. Bagi mamastikan anda mendapat sumber vitamin E dan antioksidan yang cukup, anda disarankan mengam\bil

• 1 sudu besar kuaci= 51 Kalori/4.5 gram lemak
• Dressing (dalam hidangan saladz)
• 1 sudu besar hirisan badam= 39 kalori/ 3.4 gram lemak
• 1 hirisan avocado= 60 kalori/ 5.5 gram lemak.


2. Diet Rendah Karbohidrat


Pengambilan diet rendah lemak kebiasaanya adalah dengan mengurangkan atau melupuskan terus pengambilan makanan berkabohodrat seperti nasi, gandum dan produk tenusu.

Pengambilan secara tidak seimbang akan menyebabkan kepada kekurangan kalisium, asid folik, phytochemicals dan serat dalam badan. Jika kandungannya dalam tubuh adalah kurang ataupun tidak mencukupi, anda akan terdedah kepada masalah-masal seperti berikut.

• Mudah berasa letih
• Sering mengalami masalah penghadaman.

Sekiranya anda menhgalami masalah di atas, anda digalakkan untuk mengambil alternartif lain bagi menggantikan nutrition yang kutrang ini. Antara saranannya adalah debgan mengambil mkana2 seperti:

• Ikan sardine
• Ikan solmon dalam tin bersama tulang
• Brokoli
• Bok choy dan sayuran hijau lain.


3. Diet Rendah kalori


Amalan diet seperti ini adalah dengan memotong pengambilan kalori secara drastik. Pada hakikatnya, cara inia adalah salah kerana mengikut saranan diet yang baik dan sihat, minimum kalori yg mesti dibekalkan kepada badan anda adalah 1500 kalori


Sekiranya pengambilan kalori adalah jauh berbeza daripada keperluan badanm seseorang, ini akan menyebabkan baddan anda mengalami kekurangan zat besi, serat, lemak dan kandungan phytochemicals. Ini akan mendedahkan anda dengan:

• Pening kepala
• Rasa mual
• Sakit di abdomen
• Kulit kering
• Keletihan
• Keguguran rambut

Diet seperti ini tidak digalakkan melebihi 3 bulan.

Anda digalakkan untuk mengira kalori dalam setiap pengambilan makanan. Waalu pun ianya sesuatu yang sukar pada peringkat awal, namum demi kesihatan tubuh badan, anda perlu belajar untuk mengira kalri dalam pemakanan anda.

No comments:

Post a Comment