Saturday, April 30, 2011

SAYA SAKIT MENTAL!

Ya sekarang ni aku pun kena suggest oleh dr di hospital pakar supaya menjalani sessi mental atau perkataan lebih sopan psychiatric......bila dr kata mcm tu kelmarin hati memberontak HEY BILA MASA AKU GILA NI!...tapi bila sampai rumah n cuba jadi seorang yang normal n melupakan perkara yang terjadi ini.........rasanya aku ndak kuat, kalau u all di tempat saya ini....dari usia 2 bulan saya sudah tahu bahawa saya akan dapat bayi TWIN!...n tiba2 berapa ari yang lalu dr kata....DEGUPAN ANAK AWAK DAH TIADA N SUDAH GONE!...siapalah yang tidak terkejut.......

Tentunya saya sangat sedih n anak saya yang MATI itu masih dalam perut saya!...........SANGAT TERTEKAN masa ini......hanya ALLAH itu yang maha mengetahui...........saya bersyukur mendapat seorang suami yang mengambil berat n cuba sedaya upaya untuk menghiburkan hati...........tapi but now, dewi memang tidak mahu jumpa sesiapa............atau menerangkan apa yang terjadi DARI A SAMPAI Z..........belum kuat n rasa sedih sekali.................

Saya berharap kalian doakan saya, saya harus berjuang utk baby yang masih hidup ini yang semakin nakal di perut.......saya doakan anak saya yang meninggal di tempat kan dengan orang2 yang beriman...satu hari nanti kita akan bertemu...insyaALLAH.....

Thursday, April 28, 2011

KETENTUANNYA....

Apa yang terjadi ini adalah dosa-dosa ku dahulu, mungkin kah ini KARMA.................2 hari yang lalu dewi p review di klinik...mcm biasa setiap kali p klinik sentiasa berkobar2.....sebab mau tengok baby twin kat dalam perut...........

BAD NEWS..........kata dr...........ur baby twin lagi satu tak ada degupan jantung n telah meninggal sudah lama maybe dalam 20 minggu...now usia kandungan ku 24 minggu..............aku rasa mcm dunia ni gelap gelita....aku menangis on the spot disitu.....dr hanya bisa melihat dan bagi penjelasan......

My hubby kali sedih tapi ini sudah ketentuanNYA dan dia menasihatkan aku supaya menjaga diri serta kandungan ku dan mengingatkan aku kepada bayi lelaki yang masih hidup membesar dengan sihat itu..............

sebagai IBU...ya bakal ibu, aku mesti sedih sebab aku sudah menyanyagi kedua-duanya walaupun aku belum melihat wajah mereka.........tapi pukulan mereka aku rasa setiap hari......
uhhhhuhuhuu sekarang ini aku cuma berdoa dan redha saja............

Aku berharap agar bayi lelaki ku bertahan sehingga bulan 8, dan bayi ku yang meninggal harap tidak memberi toksin kepada bayi yang sihat ini..........ini saja harapan aku untuk melihat bayi lelaki ini...........semoga aku dapat melihat bayi lelaki ini dan tidak kisah sama sekali kalau nyawa ku ni dipertaruhkan............

Sunday, April 17, 2011

Jumsuit


Kamu tau kah saya gila dengan ini FASHION JUMSUIT..............tapi ndak berani beli di online store sebab nanti ndak ngam kan..untuk pilihan lebih hebat silalah berkunjung ke rinasalleh.com..jumsuit nya mmg HOT!....

so sebagagai ALTERNATIF saya akan cari di store yang ada DISANDAKAN ni! uhuhuhhu kalau ada lah kan...

Saturday, April 16, 2011

CRYING AGAIN

Assalamualikum n hye kepada blogger semua......

Susah juga ibu mengandung ni kan........semua perkara boleh menjadi sensitif walaupun sebenarnya cuma remeh temeh saja bah...........disebabkan kucing tertumpahkan sushi ku yang sangat ku idam2kan, aku bergaduh n tak bertegur sapa dengan suami sendiri....hihihih.......walaupun suami dah belikan sushi baru tapi mcm perasaannnnnnnnnnn ni terluka sangat.......( puan besar dewi ni kali buang tabiat )....ialah dikasi manja2 betul kucing ni bah......isyyyy........yang geram sangat tu kan, dahlah kucing tu kasi tumpah makanan ku, yang ndak syok tu aku x boleh melepaskan geram...ialah kan hamil...tapi klu x hamil pun x boleh mendera haiwan kan.........so sabar saja n BISA CRYING!


Wednesday, April 13, 2011

AKIKAH GIFTS


Ok kan ni kalau dewi bagi time akikah kelak untuk anak2.........................

UNIK!





Cuba tengok ni IDEA sangat FUN kan!

So mau buat ni lah time birthday my cazen si is..................mesti fun kan...........OMG!

My 1st Baby Outfit




Terima kasih kepada suamiku kerana telah menyediakan keperluan ini untuk anak-anak kita kelak yang bakal lahir, insyaALLAH.................sangat happy n terharu tengok baju2 bayi ni, terasa diriku sungguh matang n ialah before that macam budak2.........but now alhamdulilah peruabahan yang sungguh baik.........doakan lah aku jadi ibu yang solehah dapat membimbing anak2ku kejalan yang diredhai :)

Buaian Akikah


Seperti yang u all tgk ni................dewi tercari2 now dimana bah mau sewa ni buaian utk akikah my twin kelak, insyaALLAH..............maksud aku disandakan ni...........atau sapa2 yang tahu so boleh lah aku beli terus kan untuk generasi2 yang akan datang............heheehehhe..ku pikir tutup kilang udah,,,,hahahhahaha,,bah mohon bantuan ok,,,,.................

Tuesday, April 12, 2011

Tiang2............


Saya mahu bilik tidur macam begini, boleh kah..........wah tahun lalu dewi tengok set katil ni RM 5000...itupun CASH! no hutang2 okay................before kahwin lagi suka sangat dengan katil yang ada tiang2............kunun2 mau lah buat tiger show malam2 hahahahahah...just kidding bah...bah under age jangan tgk ni statment.............
memang sangat klasik bah katil ni, lebih2 lagi kalau rendah kan,,,,,,,,,,,,huhuuhhuh...dipadankan dengan bed sheet warna putih! nah sungguh nyaman bermadu asmara :)

Passion yang tak ada kesudahan...............

Hahahahha.....

Yup merujuk perkara diatas aku ni masih gila dengan bab2 KAHWIN........walaupun sepatutnya sekarang ni mesti cari2 info berkenaan dengan BABY.................heheheheh tak apa simbat2 dulu bab kahwin ni okay....

memandangkan kazen ku pun akan kahwin
bulan nove
mber ni.......so akulah
jadi MAK BUYUT yang akan ke sana kemari memastikan my beloved cazen dapat tunaikan impian nya iaitu 'beach wedding'....wah mencabar juga ni beach wedding kan.......1st nak buat 'waka waka' ala2 miami beach...........emmm aku harus pastikan aku boleh waka waka juga ni kan, tentunya aku dah slim time tu...amin

Bercerita bab2 kahwin ni semestinya, BRIDE akan fikir untuk pertama kalinya ialah PELAMIN......i dont know lah u all kan, time time dewi kahwin dulu mcm 100000 idea pelamin mau direalisasikan padahal 2 venue jak dibuat....kekekkek
ke....tapi itulah RESEARCH itu penting....supaya kita terover budget........dan alhamdulilah dua2 pelamin ku GORGEOUS....!..tq kepada penata pelamin ku CIKGU SARENO....... bah jom kita tgk pelamin yang aku rasa mcm cantik sekali.............



Doa-doa semasa Mengandung

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Aminn

Monday, April 11, 2011

Ciuman Pertama


Tiba2 nak mengimbas kembali saat2 gembira time mendapat ciuman pertama dahi dari SUAMIKU......terharu juga lah tapi tak nak menitiskan air matakan takut pulak make up luntur....kekekekekek....tapi susah juga nak explain keadaan time ni.........sangat bersyukur ke hadrat illahi aku telah mendapat seorang suami yang baik hati serta hormat keluargaku.......terima kasih ya ALLAH, aku tahu bahawa aku tidak pantas dengannya, namun aku akan berubah menjadi seorang isteri yang solehah untuk mu dunia dan akhirat....amin
Tak nak sedih2 okay.....hehheehehhe..n lagi satu nak share pengalaman dengan u all.....saat adat merenjis berlangsung di rumah, saat aku mencium dua2 tangan mama sama bapaku pun aku langsung x sedih......bukan langsung x sedih beerti aku SUKA ATAU BEBAS....ATAU MERDEKA.....namun aku gembira sangat dan tidak seharusnya kegembiraan ini bertukar dengan air matakan.....so bakal pengantin di luar sana, cherish the moments okay :) dan aku berharap kalian mendoakan kebahagian aku dan suamiku serta anak-anak yang bakal lahir kelak

Tanda-Tanda Bersalin

Tanda-tanda nak bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

My Story



Assalamualikum semua.......

lamanya tak update ni blog kan, terpinggir sangat...banyak perkara berlaku sebelum ni tu lah pasal tak dapat nak updated...........ni pun masa yang sesuai utk updated my story kepada u alllll..............

semalam really excited utk yang PERTAMA kali nya shupink baju baby ( NI PUN DAH KENA BEBEL OLEH MY AUNTIE, SEBAB TAK BELI LAGI BAJU BABY, PADAHAL TINGGAL 2 BULAN JAK NAK BERSALIN )....syok sangat tapi itulah beli sama laki ni
kan ada juga bikin panas, ndak pandai sabar....suruh ambik jak....sampai tersalah pilih saiz padahal harga sama jak dengan saiz kecil.....adehhhhh ni husband ya indak pandai sabar........baru panas lagi tu gentingmas bah.....tapi adakah dia cakap, dikaunter lebih panas......( MESTILAH BAH TIME MEMBAYAR KAN ) EKKEKEKEKEKKKK....tapi nak share pengalaman ni dengan mother2 diluar sana kalu nak beli barang2 baby pastikan lah cik abang TU involve sekali supaya lebih FUN, waalupun adakalanya durang ni banyak songeh,.......

pilihan colour utk my child pun yang basic jak.. putih, biru n hijau.....yang sedia maklum i dapat baby boy,.....tapi yang jantina baby lagi satu masih samar2.......so tak berani nak beli warna PING atau pun yang seakan2 design utk baby gurl.....


ok nak cerita tentang baju yang tak MUAT n MEMALUKAN semasa nak beli baju mengandung baru2 ni kat D'Image .....aleh2....baju mengandung pun boleh ndak muat....adakah diri ku ni sangat gemuk...... sampai baju YANG AKU SUKA ni PING COLOUR langsung tak muat, tak dapat nak zip belakang......ayohhhhhhh....so terpaksa beli yang polos n ala2 mcm baju nurse kata cazen ku.......duh.....tak apa nanti lepas beranak ni nak work out habis2....... biar ramping mcm gitar....kekekekke..ni lah baju yang tak muat tu.....emmmm gambar depan jak lah...kalau gbr belakang karang u olss juga yang pengsan nanti.. :) Kalau gambar ni nak ikut contest kat majalah MA & PA ok kah?...kekkekek